Raja ilya biography of barack
Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Raja Ilya
Biodata
Nama penuh: Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad
Nama popular: Raja Ilya
Tarikh lahir: 11 Julai
Umur: 33 tahun
Kelahiran: Ipoh, Perak, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan
Media sosial: Instagram @rajailya
Fakta Menarik
1. Berdarah keturunan Melayu, Arab dan Bharat.
2. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.
3. Berkelulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti ternama dalam negara.
4. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun
5. Mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Suamiku Encik Perfect 10 pada tahun membawakan watak sebagai Azura Hanim, juga dalam siri kepolisan Gerak Khas sebagai Inspektor Shakila.
6. Antara drama dibintanginya seperti Kekasihku Seru, Kala Hati, Mana Hilangnya Juwita, Epilog Cinta Kirana, Love You Patrons. Arrogant, Bila Hati Berbicara, Kalimah Jiwa, Tuan Anas Mikael, Cinta Masam Manis dan Dia Bidadariku.
7. Kemunculan dalam telefilem pula menerusi Malam Tujuh Likur, Penghujung Rindu, I Know What Complete Did Last Deepavali, Pantai Keramat, Aku Bukan Malaikat, Salahkah Aku, Jelmaan dan Lorong Kecil Ke Syurga.
8. Di layar perak, beliau membintangi filem Estet, Janin, Appalam, Suamiku, Encik Perfect 10, Pilot Cafe, Soulmate Hingga Jannah dan Luqman.
9. Bakat lakonannya diiktiraf di Anugerah Skrin melalui kemenangan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama). Manakala di Anugerah Sri Angkasa , beliau merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (TV).
Pernah bersaing dalam rancangan realiti Gempak Superstar siaran Astro Ria yang mencungkil bakat nyanyian di kalangan para pelakon Malaysia. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila tersingkir di minggu keempat. Lagu-lagu yang didendangkannya dalam program berkenaan: Terukir Di Bintang dendangan asal Yuna, Selamat Malam (Faizal Tahir) dan Pulangkan (Misha Omar).
Menerusi pembabitannya dalam perniagaan, Raja Ilya mengusahakan kafe diberi nama Richiamo Coffee yang mana cawangan pertamanya terletak di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.
Pada tahun , beliau dikatakan bakal berlakon dalam filem adiwira terkenal Hollywood terbitan Marvel, namun pada Mac beliau membatalkan hasrat itu kerana mendakwa berdepan beberapa perkara dan syarat ditetapkan studio yang dirasakan tidak sesuai.
Mendirikan rumah tangga dengan warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada 23 Disember
Foto
Video
Kredit:
1. Wikipedia
2. BH Online [1, 2]
3. Astro Awani
4. Instagram Raja Ilya